Wednesday, December 30, 2009

saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru masihi 2010. di dalam kita menyambut tahun baru ini janganlah kita melupakan tahun yang lama. selama mana kita sudah hidup di dunia ini selama itulah kita menniggalkan tahun-tahun yang lalu. syukur ke hadrat Allah taala kerana dapat masuk ke era tahun baru yang hanya tinggal lebih kurang 11 jam akan terbukalah pintu jendela tahun 2010. tahun yang bersejarah bagi saya tahun ini kerana baru lahir seorang orang tua yang baru boleh digelar orang tua,usia emas, orang pencen, memasuki era 55 tahun, umur saya.

walaubagaimanapun, 55 tahun dianggap sebagai tahun pencen sudah tidak bekerja lagi, sudah makan gaji pencen, kelaziman orang melayu. bagi saya, sebagai pejuang demi kepentingan bangsa, agama dan negara, tidak ada erti "pencen" dalam kamus hidup saya.saya akan berjuang terus untuk menaikkan taraf kehidupan keluarga dan generasi banjar yang akan datang, setaraf dengan bangsa dan etnik yang lain.

sekian wassalamualaikum warrahmatullahhiwabarakatuh

"marilah membangun bersama KOPERASI PEMBANGUNA KULAAN BERHAD"

No comments:

Post a Comment